Saturday, November 19, 2011

setiap pertemuan pasti ada perpisahan~!!!!


setiap pertemuam pasti ada perpisahan.. 
begitu juga dengan aku yang kini keseorangan sepi tanpa kasih sayang tanpa seorang sahabat. tapi ketika itu aku bodoh kerana selalu melukakan hati kawan-kawan aku yang sanggup menemaniku setiap masa. aku masih ingat detik terakhir aku bersama rakan-rakanku. ketika itu kami berada di tingkatan 1. kami selalu bersama kemana sahaja kami pergi. suka duka kami kongsi bersama. tak pernah ada yang kami tidak kongsi. putus dengan teman lelaki, kena marah dengan senior, terpijak katak pun kami kongsi juga. memang kami ibarat kembar yang tidak boleh dipisahkan. sehinggalah suatu hari tragis yang memisahkan kami. cuti akhir tahun menjelang. kami pulang ke rumah. beberapa hari selepas cuti, kawan-kawanku yang lain mengajak aku keluar jalan bersama-sama. aku meminta izin daripada ibu dan ayah. mereka membenarkan. tepat jam yang mereka janji aku tiba. kelihatan sungguh berseri rakan-rakanku biarpun baru beberapa hari lepas berjumpa. kami jalan bersama dari satu tempat ke satu tempat hinggalah salah seorang rakanku dilanggar dan digilis di depan mataku. terasa seluruh sendiku terasa ingin tercabut. aku meraung sekuat hatiku. orang ramai berkerumun di tempat tersebut. rakanku yang lain memujuk aku untuk pergi ke tempat lain. tetapi aku menepis kerana itu adalah rakanku yang paling aku sayang. setelah beberapa kali aku dipujuk untuk pergi tempat yang jauh sikit dari rakanku yang dilanggar tadi aku akur. dalam masa yang sama ambulans datang untuk membawa rakanku ke hospital. aku meminta kepada pemandu ambulans tersebut untuk membawa aku sekali. mereka membenarkan lalu meyuruh aku masuk ke dalam ambulans. kelihatan baju yang tersarung di tubuhnya koyak rabak kerana digilis sepanjang 1.5 km. aku menangis kerana melihatkan dirinya yang sudah berlumuran darah. ambulans semakin laju menuju ke hospital. dia digesakan ke bilik pembedahan dengan segera. aku ditahan jururawat supaya tunggu diluar sahaja. aku melihat ke arah bajuku. banyak darah dibaju. aku menelefon keluarganya supaya datang ke hospital tersebut. beberapa minit kemudian aku terlena. aku tidak sedar akan kehadiran keluarganya. badanku digoyangkan sedikit untuk menyedarkan aku dari tidurku. mereka menyuruh aku menukar baju dengan baju yang dibawa. ketika aku hendak pergi ke tandas untuk menyalin pakaian, doktor keluar dari bilik pembedahan. aku segera berpaling dan berlari ke arah doktor tersebut. doktor sekadar menggelengkan kepala. ibu rakanku telah meraung dengan reaksi doktor. aku seakan tidak faham akan maksud doktor tersebut. kebetulan doktor tersebut perempuan lalu beliau memeluk aku lalu memdekatkan bibirnya dengan telingaku memvisikkan bahawa kawanku telah tiada. dia telah kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya. ku meraung sekuat hatiku. doktor mendudukkan aku di atas kerusi. aku meraung sekuat-kuat hatiku. 
meskipun peristiwa tragis itu telah lama berlaku, tetapi seperti baru sahaja berlaku. tanpaku sedari air hangat jatuh kebahu tanpaku sedari. aku mengesat air mataku tetapi tetap juga mengalir meskipun telah disekat. herm sekarang aku dan dia hanya tinggal kenangan. aku kini sentiasa mendoakan kesejahteraan dia di sana. al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin~



Please Click Like~! :)

0 comments:

Post a Comment

 
All right reserved by me @copyright protected